Tuesday, 11 March 2014

Petua Hilangkan Panau Selamat Dan Berkesan

Petua Hilangkan Panau dengan Selamat dan Berkesan

Panau adalah satu penyakit kulit yang akan menjejaskan penampilan terutama kalau panau kena pada bahgian muka, leher ataupun lengan. Penyakit panau ini tidak menyakitkan tapi menyebabkan kulit gatal dan nampak kotor kerana ia akan menjadi kemerahan dan bersisik apabila bahagian yang gatal berpanau tadi digaru.

Penyakit panau ini menyebabkan

seseorang yang menghidapinya merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan bergaul dengan orang ramai kerana kulit yang berpanau agak menjjikkan.

Panau di Muka

Pelbagai jenis ubat panau yang terdapat di pasaran, dari ubat hospital dan klinik hinggalah ke toko ubat yang mahal dan murah untuk hilangkan panau.

Biasanya seperti juga masalah jerawat dan pigmentasi, penyakit panau juga susah untuk dirawat atau dihilangkan jika penggunaan ubat yang salah dan cara rawatan dengan kulit seseorang tidak serasi. Oleh itu, di sini saya kongsikan 11 petua untuk hilangkan panau. Mungkin ada yang sesuai untuk mereka yang telah lama mencari petua untuk hilangkan panau ini.

Panau pada belakang badah

11 petua untuk hilangkan panau:-

1. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.

2. Potong bawang putih dan gosok perlahan-lahan pada tempat yang terkena panau hingga kulit terasa perit dan merah. Ulangi setiap hari hingga panau beransur pudar.

3. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas. Atau,

4. Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

5. Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

6. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campur dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.

7. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

8. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 mnit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

9. Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.

10. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.

11. Tumbuk halia sebesar jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan hingga sembuh.

UNTUK LEBIH BERKESAN DAN CEPAT SEMBUH PAKAI BERSAMA-SAMA DENGAN SUN PROTECTION SPF50 (Acne&Sensitif)


CARA MEMESAN

SMS KOD <SPF50 (ACNE & SENSITIF)> DAN HANTAR KE 017-8803369

0 comments:

Post a Comment

 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥