Tuesday 29 April 2014

Bagaimana Rasulullah S.A.W Merawat Jerawat?


Di jarinya, tumbuh sesuatu yang menjengkelkan.

Selalunya ia menempek pada muka, tak ada pada tempat lain. Memang pelik. Macam mana jerawat boleh tumbuh pada jari?

Lalu beliau berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu masalahnya. Orang ini bukannya seorang doktor. Bukan juga seorang pengamal perubatan.

Tapi orang ini bukan calang-calang orang. Dia adalah Baginda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W bertanya kepada pesakit itu:

“Engkau ada minyak zarirah?

Pesakit itu menjawab. “Ada.”

Baginda S.A.W bersabda:“Bubuhkan ia pada jerawatmu itu, kemudian bacalah doa:

“Allahumma musogghiral kabiir wa mukabbiras soghir soggir maabi”

Maksudnya: Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawat ini.(1)

Itu adalah pengalaman Ibnu As-Sunni yang meriwayatkannya dari sebahagian isteri Nabi. Rupa-rupanya, kaedah untuk merawat jerawat sudah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W lebih dari 1400 dahulu.

Bukannya dermatologis dan doktor pakar.

Bagaimana jerawat terjadi?

Jerawat terjadi kerana pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria mula hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit.

Masalah ini sering meghantui remaja terutamanya remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.

Faktor tumbesaran yang pesat dan ketidakseimbangan hormon adalah antara punca utama masalah ini. Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira.

Terdapat banyak kaedah untuk merawat jerawat. Sebelum jenama ubat jerawat terkenal berbondong-bondong diletakkan di pasaraya dan digilai ramai, minyak ini sudah digunakan terlebih dahulu.

Kenali minyak zarirah.



Minyak zarirah diambil dari pokokSwertia chirayita. Dikenali sebagai Qasabuz-Zarirah di kalangan masyarakat Arab, ia boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana Himalaya. Tumbuhan ini bersifat pahit, anti-keradangan  dan digunakan secara meluas di dalam perubatan Ayurveda untuk merawat buasir, ulser, diabetis dan penyakit kulit.

Minyak zarirah adalah salah satu daripada banyak kaedah untuk merawat jerawat. Ianya semulajadi dan tiada bahan kimia.

Mungkin agak sukar untuk mendapatkan minyak zarirah di sini, tetapi anda boleh mengambil beberapa langkah mudah untuk mengurangkan kesan jerawat.

Tips mengurangkan kesan jerawat.

pastikan tangan anda sentiasa bersih. Kekerapan tangan menyentuh kulit muka adalah tinggi, jadi cuci tangan dengan air dan sabun sekerap yang mungkin.pakai pakaian yang bersih dan sudah dicuci.cuci muka dengan kerap. Wuduk setiap solat 5 kali sehari semalam adalah kaedah mudah untuk membersihkan muka dari minyak dan debu kotor.guna pencuci muka yang bebas kimia untuk membersihkan kulit muka anda.ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin B5, kalsium dan zink. Kurangkan makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat.kawal stres dengan melakukan aktiviti aktif seperti bersenam, berenang atau senamrobik. Lakukan juga perkara yang boleh merehatkan minda seperti memancing, berkebun dan meditasi.tidur dengan secukupnya kerana tubuh badan dapat menjana semula sel-sel kulit yang baru dan mengeluarkan toksin dari badan.untuk petua mudah, sapukan sari timun pada bahagian wajah dan leher selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Alhamdulillah, jerawat yang ada pada jari Ibnu As-Sunni sudah reda. Ini semua berkat dari doa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W.

Lalu, ia disampaikan kepada semua orang, hinggalah sampai kepada kita.

Terpulang kepada kita untuk mengamalkannya. Jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, insya-Allah apa sahaja masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.

Apa kaedah anda untuk merawat jerawat pula? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Terima kasih.

UNTUK MERAWAT DAN MENGHILANGKAN JERAWAT SERTA JERAGAT SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH INI....


Monday 14 April 2014

Zarraz Paramedical Menyediakan Perkhidmatan Spa Ke Rumah Anda



Nak ke SPA tapi susah nak keluar rumah sebab TIADA KENDERAAN? TAK LARAT JALAN SESAK? ANAK TAK ADA ORANG NAK JAGA? Jangan risau! Kini Zarraz Paramedical mempunyai servis MOBILE SPA! Ya, SPA di rumah anda!

Kini kami di depan pintu rumah anda! Ya, servis Mobile Spa telah bermula! 

==============================================
PROMOSI HARGA PENGENALAN MOBILE SPA (FACIAL)
==============================================

Servis yang diberikan adalah :-

    1. Sensitive Facial - RM70 (harga tidak termasuk servis caj ke rumah)
    • Calming Cleansing Milk
    • Steamer Sejuk + Black Head/White Head Removal
    • Urutan (Massage) Bahu, Muka, Belakang dan Kepala
    • Mask
    • Sun Protection
    • Jangkamasa rawatan 1.5 ke 2 jam

    2. Radiant Facial - RM70 (harga tidak termasuk servis caj ke rumah)
    • Calming Cleansing Milk + Firming Cleanser + Scrub
    • Steamer + Black Head/White Head Removal
    • Urutan (Massage) Bahu, Muka, Belakang dan Kepala
    • Mask
    • Sun Protection
    • Jangkamasa rawatan 1.5 ke 2 jam

    3. Renewal Facial - RM70 (harga tidak termasuk servis caj ke rumah)
    • Calming Cleansing Milk + Calming Cleanser + Scrub
    • Steamer + Black Head/White Head Removal
    • Urutan (Massage) Bahu, Muka, Belakang dan Kepala
    • Mask
    • Sun Protection
    • Jangkamasa rawatan 1.5 ke 2 jam

    4. Rawatan Serum - RM10 untuk setiap jenis serum
    • Serum yang merupakan rawatan tambahan untuk kulit jerawat, jeragat/bekas parut, multi vitamin, anti ageing dan sensitif
    • Serum + Urutan Ultrasonic

    Terbuka untuk kawasan :-

    - HULU LANGAT

    - BANGI
    - NILAI
    - CHERAS
    - KAJANG
    - AMPANG
    - PANDAN
    - BALAKONG
    - SRI KEMBANGAN
    - SUNGAI BESI
    - PUTRAJAYA
    - HULU KLANG
    - BUKIT ANTARABANGSA
    - KERAMAT

    - SELAYANG
    - SUNGAI BULOH
    - GOMBAKSELURUH MALAYSIA

    Sila SMS/WhatsApp <SPA> jarak <KAWASAN> ke 017-8803369 untuk mendapatkan temujanji bersama agent Mobile Spa!
     
    Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥